THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Video Klip

Jul 15, 2008

Teng Teng

Teng teng boleh dimain secara individual ataupun berkumpulan. Jika berkumpulan, pemain-pemain boleh dicapai sehingga empat orang atau lebih. Tetapi permainan ini bagus dimain oleh empat orang supaya mereka tidak keliru apabila giliran mereka tiba.
Saya pernah dan selalu bermain dengan kawan-kawan saya, semasa saya masih sekolah rendah. Pada pandangan saya, saya suka sangat pada permainan ini kerana begitu menyeronokkan. Selalunya saya dan kawan-kawan saya akan bermain pada waktu rehat dan selepas sekolah. Benda kecil yang kami gunakan ialah beg duit sendiri. Selain seronok, permainan ini juga boleh menguatkan siratulrahim antara kami semua.

Cara-cara bermain teng teng:

  1. Sebelum permainan dimula, undian harus dilakukan untuk menentukan siapa yang pertama, kedua dan seterusnya.


  2. Untuk mulakan permainan, semua pemain harus meletakkan benda kecil di kotak pertama.


  3. Pemain pertama memulakan permainan itu dengan melompat ke kotak kedua dan seterusnya dengan menggunakan sebelah kaki. Hanya pada kotak ke sembilan pemain itu boleh meletakkan kedua-dua belah kakinya. Jika ada dua kotak sebaris, pemain harus meletakkan kedua-dua kakinya ke kotak-kotak tersebut.


  4. Selepas itu, pemain harus pusing balik dan teruskan lompatannya hingga ke kotak kedua. Pemain itu harus mengambil balik bendanya sambil berdiri dengan sebelah kakinya sahaja. Selepas itu, dia harus lompat ke garisan penamat tanpa memijak kotak pertama, kerana ada benda-benda kepunyaan pihak lain.

  5. Jika berjaya, pemain itu boleh mencampak bendanya ke kotak lain dan mulakan lagi pusingannya. Tetapi jika bendanya terkena garisan kotak atau tercampak keluar dari kotak tersebut, pemain itu kalah dan pemain kedua pula memulakan pusingannya.

Permainan ini tidaklah sesusah mana. Pemain-pemain harus berhati-hati sahaja supaya tidak memijak garisan kotak-kotak itu. Juga, jangan pijak kotak yang mempunyai benda pihak lain dan terus ke kotak seterusnya.

0 comments: