THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Video Klip

Jun 30, 2008

Pertandingan Blogging Permainan tradisional 2008

Perasaan & Reaksi

Setahu saya, inilah pertandingan pertama yang saya masuki dalam bulan 'Bulan Bahasa' tahun ini, terutama sekali pertandingan blogging. Saya rasa ghairah dan seronok serta bertuah kerana diberi peluang untuk memasuki pertandingan ini sambil dapat mempelajari lebih mendalam tentang bahasa Melayu, seperti sambil menyelam minum air. Tajuk pertandingan blogging ini adalah tentang Permainan Tradisional Melayu. Bagi saya, tajuk ini sesuai untuk pertandingan tahun ini kerana pada zaman moden ini, ramai orang Melayu tidak tahu akan asal-usul permainan tradisional Melayu. Langkah pertama, saya akan memulakan dengan mencari maklumat tentang asal-usul permainan itu. Langkah kedua, saya akan temuramah orang-orang yang pernah main permainan itu. Dan seterusnya, saya akan menghabiskan kajian saya dengan maklumat yang saya dapat.