THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Video Klip

Jul 23, 2008

Bahan dan Alat untuk membuat Gasing

Gasing diperbuat daripada kayu. Tetapi kayu yang paling sesuai untuk membuat gasing ialah dari spesis merbau. Contohnya, merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Ini kerana kayu ini mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Kayu-kayu yang juga boleh digunakan untuk membuat gasing ialah seperti kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga dan keranji. Tetapi kayu yang paling mudah didapati di mana-mana dan sering digunakan untuk membuat gasing ialah manggis, jambu batu, ciku dan asam jawa.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum itu, besi berbentuk paku harus dibenamkan ke dalam kayu untuk mendapat keseimbangan supaya mendapat segi bulatnya.
Setelah mendapat bentuk gasing, alat terakhir yang diperlukan adalah timah, yang dililit pada badan gasing itu supaya gasing itu berat hingga seberat lima kilogram dan tidak mudah serpih. Selepas itu, gasing yang hampir siap dikilatkan dengan varnis supaya kelihatan cantik dan menarik walaupun berat. Gasing boleh berbentuk leper ataupun oval.

0 comments: