Gasing
Gasing adalah permainan tradisional yang tidak begitu dikenali oleh ramai. Walau bagaimanapun, gasing masih dimain di negara-negara seperti Singapura, Malaysia dan Indonesia. Asal usul gasing diperbuat daripada buah berembang yang boleh didapati di tepi pantai. Buah itu berbentuk bulat, licin dan agak leper. Ada yang kata permainan gasing bermula dengan peralatan alat memburu binatang yang bentuknya sama dengan buah berembang. Gasing dimain dengan mencampaknya ke tanah sambil menarik tali yang dililit di paku gasing, menggunakan tangan. Tali itu harus ditarik secepat mungkin untuk gasing itu pusing ligat. Gasing sesiapa yang dapat berdiri lama dan masih berpusing akan menang. Permainan ini boleh dimain oleh semua peringkat dalam masyarakat, tidak kira tua atau muda. Jika secara kumpulan, mereka kadangkala membuat permainan itu sebagai satu pertandingan.
Video Klip
Jul 2, 2008
Asal Usul & Sejarah Permainan Tradisional
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 11:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
bagus kerana telah menyentuh bahagian asal-usul dan sejarah permainan-permainan tradisional kamu... namun ini dapat diperluaskan kepada dua entri ....:)
Post a Comment