THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Video Klip

Jul 8, 2008

Gasing

Permainan gasing boleh dimain untuk kesukaan ataupun boleh juga dimain dalam sebuah pertandingan. Peraturannya senang sahaja, gasing sesiapa yang masih di dalam gelenggang dan masih berpusing ligat, dialah pemenang.

Bagi saya, saya pernah bermain gasing secara kesukaan sahaja. Seronok! Selepas saya dapat tangkap bagaimana hendak bermain gasing, saya dan kawan-kawan saya cubalah berlawan gasing sesiapa yang masih berpusing. Ternyata, bukan senang hendak bermain gasing. Tetapi, ia bukan susah juga. Ini kerana saya pelajari bahawa teknik untuk gasing berpusing lebih lama ialah cara menarik talinya.

Cara-cara bermain gasing:

  1. Pertama, lilit tali setebal 1.75cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter kepada paku gasing, hingga meliputi seluruh permukaan gasing.

  2. Selesai itu, gasing itu harus dilempar ke atas tanah dengan menarik tali yang dililit. Tali itu harus ditarik secepat dan sekuat mungkin untuk mendapatkan keputusan yang bagus.

  3. Sesiapa gasing yang masih berpusing dan tidak keluar daripada gelenggang permainan, dialah pemenang dalam pertandingan itu.

0 comments: