THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Video Klip

Jul 25, 2008

Pada Pendapat Saya...

Saya rasa permainan tradisional Melayu seperti gasing, teng teng, congkak dan lain-lain lagi sebenarnya ada kebaikannya untuk manusia. Saling tolong-monolong, merapatkan persahabatan dan meguatkan tali siratulrahim antara kebaikan dalam permainan tradisional Melayu. Saya tabik pada orang-orang dahulu yang mencipta permainan-permainan tersebut. Ini kerana permainan tersebut amat bermakna selain daripada hanya untuk keseronokan dan untuk mengisi masa lapang. Melalui permainan ini juga bangsa Melayu masih kekal dalam hati remaja-remaja zaman ini.
Tidak kenal maka tidak cinta. Kita hanya perlu mengajar remaja-remaja tersebut tentang cara bermain permainan tradisional dan mereka akan berterima kasih kerana masih ada permainan tradisional yang wujud pada era ini. Selain itu, dengan cara ini juga mereka tidak akan membuang masa mereka dengan membuat kerja-kerja yang kurang baik.

1 comments:

teratakminda said...

nadiah, ada baiknya jika warna font entri awak ditukar agar memudahkan rakan-rakan dan orang lain yang mengunjungi blog kamu,membaca catatan kamu.