Saya rasa permainan tradisional Melayu seperti gasing, teng teng, congkak dan lain-lain lagi sebenarnya ada kebaikannya untuk manusia. Saling tolong-monolong, merapatkan persahabatan dan meguatkan tali siratulrahim antara kebaikan dalam permainan tradisional Melayu. Saya tabik pada orang-orang dahulu yang mencipta permainan-permainan tersebut. Ini kerana permainan tersebut amat bermakna selain daripada hanya untuk keseronokan dan untuk mengisi masa lapang. Melalui permainan ini juga bangsa Melayu masih kekal dalam hati remaja-remaja zaman ini.
Tidak kenal maka tidak cinta. Kita hanya perlu mengajar remaja-remaja tersebut tentang cara bermain permainan tradisional dan mereka akan berterima kasih kerana masih ada permainan tradisional yang wujud pada era ini. Selain itu, dengan cara ini juga mereka tidak akan membuang masa mereka dengan membuat kerja-kerja yang kurang baik.
Video Klip
Jul 25, 2008
Pada Pendapat Saya...
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 1:05 PM 1 comments
Lestarikan Permainan Tradisional 2
Teng teng
Permainan teng teng pada masa dahulu begitu popular di kalangan anak-anak perempuan kecil di kampung. Ini kerana permainan ini tidaklah sesusah mana dan hanya perlu melukis kotak-kotak untuk memulakannya. Walaupun zaman sekarang sudah berubah, kebanyakan sekolah-sekolah rendah masih mempunyai permainan ini. Saya tahu kerana sekolah rendah saya ada permainan ini dan saya selalu bermain teng teng dengan rakan-rakan saya. Saya bangga dengan permainan teng teng kerana permainan ini sebenarnya dicipta oleh masyarakat Melayu tetapi dikenali oleh ramai, dari pelbagai bangsa dan masih dimain. Selain seronok bermain, ada juga ada terselit agenda persahabatan dan membina tali siratulrahim antara satu sama lain. Jika lihat secara individual, ia sebenarnya mencabar keseimbangan seseorang itu. Pada pandangan saya, permainan tradisional sebegini harus dilestarikan.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 1:24 AM 0 comments
Lestarikan Permainan Tradisional
Gasing
Permainan tradisional seperti gasing patut dilestarikan kerana permainan ini hanya boleh didapati dalam masyarakat Melayu sahaja. Lihat sekarang, orang asing pun tahu bagaimana hendak bermain gasing, apatah lagi orang Melayu seperti kita semua. Permainan ini tidak boleh hilang di mata kita kerana permainan tradisional juga melambangkan bangsa kita, bangsa Melayu. Pada pendapat saya, semua tahu bahawa permainan ini boleh dibuat sebagai pertandingan, jadi dengan pertandingan inilah persahabatan boleh terjalin dan juga boleh menguatkan tali siratulrahim antara kita semua. Lagipun, bermain gasing boleh memanfaatkan seseorang kerana permainan ini seolah-olah mencabar kesabaran dan kepintaran seseorang itu.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 1:19 AM 0 comments
Jul 24, 2008
Pandangan Orang[teng teng]...
Kali ini, saya bertemuramah dengan makcik saya yang masih ada rumah di kampungnya di Malaysia. Ini berkenaan dengan permainan teng teng. Beliau kata bahawa beliau selalu bermain teng teng di depan halaman rumahnya. Kadangkala, beliau akan mengajak rakan-rakannya untuk bermain bersama. Permainan ini adalah permainan tradisional yang paling digemarinya. Beliau tambah lagi bahawa ada juga budak-budak lelaki yang turut bermain sama.
Pada pendapat makcik saya, permainan ini kadangkala mencabar kepintarannya dan keseimbangannya. Permainan ini amat digemarinya kerana tidak susah untuk bermain. Lagipun, hanya permainan-permainan sebeginilah selalu mengisi masa lapang beliau dan jarang membuat kerja yang tidak baik.
"Lihat pada zaman dahulu, rekod jenayahnya kecil sahaja berbanding dengan rekod jenayah sekarang," beliau tambah.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 1:09 AM 0 comments
Pandangan Orang[gasing]...
Saya sudah membuat kajian tentang permainan tradisional saya, gasing dan teng teng. Saya ada bertemuramah dengan beberapa orang yang rapat dengan saya tentang permainan-permainan tersebut dan minta pendapat mereka.
Pertama adalah berkenaan dengan permainan gasing. Saya telah bertemuramah dengan bapa saya. Bapa saya amat gemar bermain gasing dengan rakan-rakannya pada masa mudanya dahulu. Beliau berkata bahawa, sambil bermain gasing, beliau akan bergurau dengan rakan-rakannya. Mereka juga akan lihat dan tunggu gasing sesiapa yang akan berhenti berpusing. Gasing sesiapa yang 'mati' dahulu perlu membeli air untuk yang lain. Bapa saya kata bahawa masa mudanya dahululah amat bermakna baginya.
Pada pandangannya, permainan gasing telah wujud sejak zaman kampung dahulu dan sekarang masih ada orang yang bermain gasing. Walaupun sekarang zaman serba moden, ada remaja yang suka bermain gasing berbanding dengan permainan-permainan zaman kini seperti x-box, psp atau sebagainya.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 12:42 AM 0 comments
Jul 23, 2008
Bahan dan Alat untuk membuat Gasing
Gasing diperbuat daripada kayu. Tetapi kayu yang paling sesuai untuk membuat gasing ialah dari spesis merbau. Contohnya, merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Ini kerana kayu ini mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Kayu-kayu yang juga boleh digunakan untuk membuat gasing ialah seperti kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga dan keranji. Tetapi kayu yang paling mudah didapati di mana-mana dan sering digunakan untuk membuat gasing ialah manggis, jambu batu, ciku dan asam jawa.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum itu, besi berbentuk paku harus dibenamkan ke dalam kayu untuk mendapat keseimbangan supaya mendapat segi bulatnya.
Setelah mendapat bentuk gasing, alat terakhir yang diperlukan adalah timah, yang dililit pada badan gasing itu supaya gasing itu berat hingga seberat lima kilogram dan tidak mudah serpih. Selepas itu, gasing yang hampir siap dikilatkan dengan varnis supaya kelihatan cantik dan menarik walaupun berat. Gasing boleh berbentuk leper ataupun oval.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 11:26 PM 0 comments
Bahan dan Alat untuk membuat Teng teng
Teng teng hanya boleh dibuat dengan melukis di atas tanah. Alat yang digunakan hanyalah kapur yang boleh dilukis di atas tanah tersebut. Permainan ini tidak perlu mempunyai bahan-bahan yang banyak dan mengelirukan. Ia hanya perlu dilukis di gelanggan kecil dengan menggunakan kapur tetapi harus mempunyai barang kecil atau gundu untuk memulakan permainan tersebut.
Dengan menggunakan kapur, lukis sembilan buah berbentuk kotak dan nomborkan kotak-kotak tersebut. Gundu pula, hanyalah sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di kotak-kotak gelanggan.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 12:33 AM 0 comments
Jul 15, 2008
Teng Teng
Teng teng boleh dimain secara individual ataupun berkumpulan. Jika berkumpulan, pemain-pemain boleh dicapai sehingga empat orang atau lebih. Tetapi permainan ini bagus dimain oleh empat orang supaya mereka tidak keliru apabila giliran mereka tiba.
Saya pernah dan selalu bermain dengan kawan-kawan saya, semasa saya masih sekolah rendah. Pada pandangan saya, saya suka sangat pada permainan ini kerana begitu menyeronokkan. Selalunya saya dan kawan-kawan saya akan bermain pada waktu rehat dan selepas sekolah. Benda kecil yang kami gunakan ialah beg duit sendiri. Selain seronok, permainan ini juga boleh menguatkan siratulrahim antara kami semua.
Cara-cara bermain teng teng:
- Sebelum permainan dimula, undian harus dilakukan untuk menentukan siapa yang pertama, kedua dan seterusnya.
- Untuk mulakan permainan, semua pemain harus meletakkan benda kecil di kotak pertama.
- Pemain pertama memulakan permainan itu dengan melompat ke kotak kedua dan seterusnya dengan menggunakan sebelah kaki. Hanya pada kotak ke sembilan pemain itu boleh meletakkan kedua-dua belah kakinya. Jika ada dua kotak sebaris, pemain harus meletakkan kedua-dua kakinya ke kotak-kotak tersebut.
- Selepas itu, pemain harus pusing balik dan teruskan lompatannya hingga ke kotak kedua. Pemain itu harus mengambil balik bendanya sambil berdiri dengan sebelah kakinya sahaja. Selepas itu, dia harus lompat ke garisan penamat tanpa memijak kotak pertama, kerana ada benda-benda kepunyaan pihak lain.
- Jika berjaya, pemain itu boleh mencampak bendanya ke kotak lain dan mulakan lagi pusingannya. Tetapi jika bendanya terkena garisan kotak atau tercampak keluar dari kotak tersebut, pemain itu kalah dan pemain kedua pula memulakan pusingannya.
Permainan ini tidaklah sesusah mana. Pemain-pemain harus berhati-hati sahaja supaya tidak memijak garisan kotak-kotak itu. Juga, jangan pijak kotak yang mempunyai benda pihak lain dan terus ke kotak seterusnya.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 12:04 PM 0 comments
Jul 8, 2008
Gasing
Permainan gasing boleh dimain untuk kesukaan ataupun boleh juga dimain dalam sebuah pertandingan. Peraturannya senang sahaja, gasing sesiapa yang masih di dalam gelenggang dan masih berpusing ligat, dialah pemenang.
Bagi saya, saya pernah bermain gasing secara kesukaan sahaja. Seronok! Selepas saya dapat tangkap bagaimana hendak bermain gasing, saya dan kawan-kawan saya cubalah berlawan gasing sesiapa yang masih berpusing. Ternyata, bukan senang hendak bermain gasing. Tetapi, ia bukan susah juga. Ini kerana saya pelajari bahawa teknik untuk gasing berpusing lebih lama ialah cara menarik talinya.
Cara-cara bermain gasing:
- Pertama, lilit tali setebal 1.75cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter kepada paku gasing, hingga meliputi seluruh permukaan gasing.
- Selesai itu, gasing itu harus dilempar ke atas tanah dengan menarik tali yang dililit. Tali itu harus ditarik secepat dan sekuat mungkin untuk mendapatkan keputusan yang bagus.
- Sesiapa gasing yang masih berpusing dan tidak keluar daripada gelenggang permainan, dialah pemenang dalam pertandingan itu.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 12:40 PM 0 comments
Jul 6, 2008
Asal usul & Sejarah Permainan Tradisional 2
Tengteng
Tengteng adalah permainan tradisional yang agak popular pada zaman dahulu. Tengteng sebenarnya dimain oleh anak-anak perempuan tetapi kaum lelaki juga boleh bermain sama. Tengteng tidak mempunyai asal usul tetapi ramai anak-anak perempuan pada hari ini masih lagi kelihatan bermain tengteng. Tengteng sebenarnya mudah hendak dimain. Permainan tengteng tidak mempunyai batas dalam berapa ramai orang boleh main. Ia boleh dimain oleh semua peringkat masyarakat, tidak kira mudah atau tua. Tengteng boleh dimain seorang ataupun secara kumpulan. Tengteng sekurang-kurangnya mempunyai 9 rumah yang dilukis sendiri berbentuk kotak. Anak itu harus mencampak batu atau barang kecil ke dalam rumah bermula daripada kotak pertama. Jika campakan itu kena, dia boleh lompat ke 8 kotak yang lain dan tidak boleh pijak kotak yang mempunyai batu itu, menggunakan satu kaki sahaja. Jika dia selesai, dia boleh campak batunya ke kotak kedua dan seterusnya sehingga habis satu pusingan.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 7:18 PM 1 comments
Jul 2, 2008
Asal Usul & Sejarah Permainan Tradisional
Gasing
Gasing adalah permainan tradisional yang tidak begitu dikenali oleh ramai. Walau bagaimanapun, gasing masih dimain di negara-negara seperti Singapura, Malaysia dan Indonesia. Asal usul gasing diperbuat daripada buah berembang yang boleh didapati di tepi pantai. Buah itu berbentuk bulat, licin dan agak leper. Ada yang kata permainan gasing bermula dengan peralatan alat memburu binatang yang bentuknya sama dengan buah berembang. Gasing dimain dengan mencampaknya ke tanah sambil menarik tali yang dililit di paku gasing, menggunakan tangan. Tali itu harus ditarik secepat mungkin untuk gasing itu pusing ligat. Gasing sesiapa yang dapat berdiri lama dan masih berpusing akan menang. Permainan ini boleh dimain oleh semua peringkat dalam masyarakat, tidak kira tua atau muda. Jika secara kumpulan, mereka kadangkala membuat permainan itu sebagai satu pertandingan.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 11:00 PM 1 comments