Saya rasa permainan tradisional Melayu seperti gasing, teng teng, congkak dan lain-lain lagi sebenarnya ada kebaikannya untuk manusia. Saling tolong-monolong, merapatkan persahabatan dan meguatkan tali siratulrahim antara kebaikan dalam permainan tradisional Melayu. Saya tabik pada orang-orang dahulu yang mencipta permainan-permainan tersebut. Ini kerana permainan tersebut amat bermakna selain daripada hanya untuk keseronokan dan untuk mengisi masa lapang. Melalui permainan ini juga bangsa Melayu masih kekal dalam hati remaja-remaja zaman ini.
Tidak kenal maka tidak cinta. Kita hanya perlu mengajar remaja-remaja tersebut tentang cara bermain permainan tradisional dan mereka akan berterima kasih kerana masih ada permainan tradisional yang wujud pada era ini. Selain itu, dengan cara ini juga mereka tidak akan membuang masa mereka dengan membuat kerja-kerja yang kurang baik.
Video Klip
Jul 25, 2008
Pada Pendapat Saya...
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 1:05 PM 1 comments
Lestarikan Permainan Tradisional 2
Teng teng
Permainan teng teng pada masa dahulu begitu popular di kalangan anak-anak perempuan kecil di kampung. Ini kerana permainan ini tidaklah sesusah mana dan hanya perlu melukis kotak-kotak untuk memulakannya. Walaupun zaman sekarang sudah berubah, kebanyakan sekolah-sekolah rendah masih mempunyai permainan ini. Saya tahu kerana sekolah rendah saya ada permainan ini dan saya selalu bermain teng teng dengan rakan-rakan saya. Saya bangga dengan permainan teng teng kerana permainan ini sebenarnya dicipta oleh masyarakat Melayu tetapi dikenali oleh ramai, dari pelbagai bangsa dan masih dimain. Selain seronok bermain, ada juga ada terselit agenda persahabatan dan membina tali siratulrahim antara satu sama lain. Jika lihat secara individual, ia sebenarnya mencabar keseimbangan seseorang itu. Pada pandangan saya, permainan tradisional sebegini harus dilestarikan.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 1:24 AM 0 comments
Lestarikan Permainan Tradisional
Gasing
Permainan tradisional seperti gasing patut dilestarikan kerana permainan ini hanya boleh didapati dalam masyarakat Melayu sahaja. Lihat sekarang, orang asing pun tahu bagaimana hendak bermain gasing, apatah lagi orang Melayu seperti kita semua. Permainan ini tidak boleh hilang di mata kita kerana permainan tradisional juga melambangkan bangsa kita, bangsa Melayu. Pada pendapat saya, semua tahu bahawa permainan ini boleh dibuat sebagai pertandingan, jadi dengan pertandingan inilah persahabatan boleh terjalin dan juga boleh menguatkan tali siratulrahim antara kita semua. Lagipun, bermain gasing boleh memanfaatkan seseorang kerana permainan ini seolah-olah mencabar kesabaran dan kepintaran seseorang itu.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 1:19 AM 0 comments
Jul 24, 2008
Pandangan Orang[teng teng]...
Kali ini, saya bertemuramah dengan makcik saya yang masih ada rumah di kampungnya di Malaysia. Ini berkenaan dengan permainan teng teng. Beliau kata bahawa beliau selalu bermain teng teng di depan halaman rumahnya. Kadangkala, beliau akan mengajak rakan-rakannya untuk bermain bersama. Permainan ini adalah permainan tradisional yang paling digemarinya. Beliau tambah lagi bahawa ada juga budak-budak lelaki yang turut bermain sama.
Pada pendapat makcik saya, permainan ini kadangkala mencabar kepintarannya dan keseimbangannya. Permainan ini amat digemarinya kerana tidak susah untuk bermain. Lagipun, hanya permainan-permainan sebeginilah selalu mengisi masa lapang beliau dan jarang membuat kerja yang tidak baik.
"Lihat pada zaman dahulu, rekod jenayahnya kecil sahaja berbanding dengan rekod jenayah sekarang," beliau tambah.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 1:09 AM 0 comments
Pandangan Orang[gasing]...
Saya sudah membuat kajian tentang permainan tradisional saya, gasing dan teng teng. Saya ada bertemuramah dengan beberapa orang yang rapat dengan saya tentang permainan-permainan tersebut dan minta pendapat mereka.
Pertama adalah berkenaan dengan permainan gasing. Saya telah bertemuramah dengan bapa saya. Bapa saya amat gemar bermain gasing dengan rakan-rakannya pada masa mudanya dahulu. Beliau berkata bahawa, sambil bermain gasing, beliau akan bergurau dengan rakan-rakannya. Mereka juga akan lihat dan tunggu gasing sesiapa yang akan berhenti berpusing. Gasing sesiapa yang 'mati' dahulu perlu membeli air untuk yang lain. Bapa saya kata bahawa masa mudanya dahululah amat bermakna baginya.
Pada pandangannya, permainan gasing telah wujud sejak zaman kampung dahulu dan sekarang masih ada orang yang bermain gasing. Walaupun sekarang zaman serba moden, ada remaja yang suka bermain gasing berbanding dengan permainan-permainan zaman kini seperti x-box, psp atau sebagainya.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 12:42 AM 0 comments
Jul 23, 2008
Bahan dan Alat untuk membuat Gasing
Gasing diperbuat daripada kayu. Tetapi kayu yang paling sesuai untuk membuat gasing ialah dari spesis merbau. Contohnya, merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah. Ini kerana kayu ini mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Kayu-kayu yang juga boleh digunakan untuk membuat gasing ialah seperti kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga dan keranji. Tetapi kayu yang paling mudah didapati di mana-mana dan sering digunakan untuk membuat gasing ialah manggis, jambu batu, ciku dan asam jawa.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum itu, besi berbentuk paku harus dibenamkan ke dalam kayu untuk mendapat keseimbangan supaya mendapat segi bulatnya.
Setelah mendapat bentuk gasing, alat terakhir yang diperlukan adalah timah, yang dililit pada badan gasing itu supaya gasing itu berat hingga seberat lima kilogram dan tidak mudah serpih. Selepas itu, gasing yang hampir siap dikilatkan dengan varnis supaya kelihatan cantik dan menarik walaupun berat. Gasing boleh berbentuk leper ataupun oval.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 11:26 PM 0 comments
Bahan dan Alat untuk membuat Teng teng
Teng teng hanya boleh dibuat dengan melukis di atas tanah. Alat yang digunakan hanyalah kapur yang boleh dilukis di atas tanah tersebut. Permainan ini tidak perlu mempunyai bahan-bahan yang banyak dan mengelirukan. Ia hanya perlu dilukis di gelanggan kecil dengan menggunakan kapur tetapi harus mempunyai barang kecil atau gundu untuk memulakan permainan tersebut.
Dengan menggunakan kapur, lukis sembilan buah berbentuk kotak dan nomborkan kotak-kotak tersebut. Gundu pula, hanyalah sebagai tanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka di kotak-kotak gelanggan.
Posted by bb2008sitinadiah@hotmail.com at 12:33 AM 0 comments